Ahad, 27 September 2020

Published September 27, 2020 by with 0 comment

Kitab Taurat

 KITAB TAURAT


Kitab Taurat ialah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Allah Musa untuk disampaikan kepada umat Bani Israel.Kitab ini apa yang kita kenal sekarang sebagai The Old Testament.Kaum Yahudi sekarang tidak lagi menggunakan kalimah Taurat bagi kitab mereka tapi dipanggil sebagai Tanakh.Kenapa Tanakh?

Daripada perkataan TANAKH sebenarnya akronim daripada 3 bahagian iaitu TA merujuk kepada Taurat Musa(Taurat Lima,Pentateuch), NA merujuk kepada Nevi'im dan KH merujuk kepada Ketuvim.
Rujuk gambar dibawah:

ISI KITAB TANAKH


Taurat Musa ataupun Taurat Lima ini dikenali sebagai Taurat Shebichtav iaitu Undang-undang bertulis.Dalam kitab ada 5 fasal iaitu Genesis(penciptaan langit dan bumi),Exodus(penghijrahan keluar dari Mesir),Leviticus(Keturunan Levi),Numbers(sambungan untuk Exodus) dan Deutronomy(Undang-undang).

Nevi'im pula menceritakan terbahagi kepada dua iaitu Nevi'im Roshinim dan Nevi'im Aharonim.Nevi'im Roshinim menjelaskan tentang kehidupan awal nabi-nabi hingga ke pemerintahan Raja-raja manakala Nevi'im Aharonim menceritakan tentang Nabi Trei Asar iaitu Nabi-nabi yang 12.Mereka ialah Nabi Hosea,Joel,Amos,Obadiah,Nahum,Micah,Yunus AS,Habakkuk,Zephaniah,Haggai,Zecharia AS dan Malachi.

Dan Ketuvim pula lebih kepada pengisahan atau penjelasan tentang Sefer sejarah dan Sefer Doa dan Syair.Sebagai contoh,Lagenda Nabi Sam'un(Simson) yang gagah perkasa tapi jadi lemah apabila rambutnya dipotong dan pelbagai lagi.

Jika terfikir adanya Taurat bertulis maka mana taurat lisan.Taurat lisan inilah yang kita kenali sebagai Talmud atau Taurat Shebe'al Pah

Kitab Talmud


Ada lagi sejarah tentang Talmud ni seperti bagaimana datangnya Talmud Bavli(Babylon) dan Talmud Yerushalmi(Palestin).In Shaa Allah saya akan sambung pada post yang lainnya.
WALLAHU'ALAM.


 

Read More
    email this       edit

Sabtu, 26 September 2020

Published September 26, 2020 by with 0 comment

SIAPAKAH YAHUDI?

 KENALI SEJARAH YAHUDI


















Kita sudah tahu pada dunia kini bahawa ada satu Firqah yang dilabel sebagai bangsa paling tegar melawan Allah iaitu YAHUDI.

Dalam surah al-Fatihah pada ayat ke-7,pada hujung ayat berbunyi:

 ۙ‏ غَيۡرِ الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا الضَّآلِّيۡنَ

Maksudnya:bukan (jalan) yang telah Engkau murkai dan bukan pula(jalan) orang-orang yang sesat.

Dalam ayat tersebut kita memohon kepada Allah supaya dijauhi daripada golongan Maghdu dan Dollin.Siapakah mereka?Merekalah Yahudi(Maghdu) dan Nasrani/Kristian(Dollin).

Dalam perbincangan ini,saya akan mengfokuskan kepada golongan Yahudi.Dari manakah asalnya Yahudi?

Yahudi

Perkataan Yahudi berasal daripada anak ke-4 Nabi Allah Yaakub iaitu Yahudza hasil daripada Nabi Yaakub AS dan Leah.Kalimat Yahudza semakin kuat apabila munculnya kerajaan Yahudza pada tahun 586 SM.Jika dikaji antara pertuturan bahasa Aramik kuno dengan bahasa Ibrani mereka hampir sama seperti mana kita lihat bahasa Arab antara huruf "Dal" dan huruf "Dza" beza hanya satu titik pada huruf Dza tapi cara sebutan mereka hampir sama.Begitulah juga antara dua bahasa tadi.Lama kelamaan kalimah Yahudi yang dulu berasal daripada sebuah kerajaan kini diitlaqkan sebagai agama(Yahudi) iaitu agama bagi Bani Israel dan agama Nabi Musa.

Untuk keterangan yang lebih jelas,kita perlu berbalik kepada seorang nabi yang digelar sebagai Abul Anbiya' iaitu bapa segala nabi-nabi iaitu Nabi Ibrahim.Baginda dulu tinggal di Faddam Aram di Tanah Haran sewaktu kerajaan Babylon kuno(sezaman dengan Namrud 2275 SM-1943 SM).Nabi Ibrahim ada seorang isteri yang bernama Siti Sarah.Siti Sarah melahirkan seorang nabi/Rasul ketika dia berumur 90-an yang bernama Ishak(Issaac).Ishak bermaksud tertawa kerana Siti Sarah berasa gembira dan tertawa apabila mendapat berita yang dia akan melahirkan seorang anak pada umur sebegitu.Nabi Ishak inilah yang menurunkan salasilah keturunan Yahudi dan secara tidak langsung para nabi yang datang daripada keturunan Nabi Ishak adalah berbangsa Yahudi.Maka dari Nabi Ishak ini lahir pula seorang nabi dan Rasul iaitu Nabi Yaakub.Anak nabi Yaakub yang banyak melahirkan nabi-nabi.Baginda mempunyai 12 orang anak daripada 4 orang isterinya(Leah,Rahil,Zalfah,Balhah)iaitu Reuben,Sam'un,Levi,Yahudza,Izzachar,Zebulon,Benyamin,Yusuf,Jed,Asyer,Dann dan Naftali.

Secara muqaddimah,kita boleh faham dari mana asalnya kalimah Yahudi itu berpunca tapi kenapa Allah murka sangat dengan firqah ini.Ini dapat dijawab dalam surah al-Maidah ayat 132 berbunyi:

A070

Maksudnya:Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul. (Tetapi) tiap-tiap kali datang - seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh yang sebahagian lagi.

Daripada ayat tersebut kita dapat lihat bawa dulu Yahudi pernah berjanji dengan Allah dengan membai'at untuk taat sembah kepada Allah SWT,beriman kepada utusan nabi dan Rasul dan mengamalkan ajaran yang diturunkan kepada para nabi dan Rasul.Tapi janji itu Yahudi khianati yang bangsa Yahudi mendustakan segala ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi.Dan jauh lebih buruk apabila ada sebilangan nabi dan rasul yang diutuskan kepada Yahudi mereka buat apa? Mereka "BUNUH"!Apakah ada bangsa yang lagi kejam daripada Yahudi yang sanggup membunuh utusan Allah.Dan ada satu berita yang pernah Allah khabarkan kepada Rasulullah SAW daripada surah al-Baqarah ayat 79 yang berbunyi:

A079

Maksudnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

Inilah antara tangan-tangan Yahudi yang mana pernah melakukan perkara-perkara yang mendatangkan undangan murka Allah kerana mereka dengan tidak rasa takut melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan bencana besar terhadap diri mereka sendiri.Allah menegaskan kalimah pertama dalam ayat itu iaitu "AL-WAILUL" iaitu kecelakaan yang amat amat besar yang menunjukkan betapa murkanya Allah terhadap kaum ini yang dulunya Allah angkat sebagai kaum yang terpilih tapi mereka kufur nikmat.

WALLAHU'ALAM. 




Read More
    email this       edit