Ahad, 27 September 2020

Published September 27, 2020 by with 0 comment

Kitab Taurat

 KITAB TAURAT


Kitab Taurat ialah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Allah Musa untuk disampaikan kepada umat Bani Israel.Kitab ini apa yang kita kenal sekarang sebagai The Old Testament.Kaum Yahudi sekarang tidak lagi menggunakan kalimah Taurat bagi kitab mereka tapi dipanggil sebagai Tanakh.Kenapa Tanakh?

Daripada perkataan TANAKH sebenarnya akronim daripada 3 bahagian iaitu TA merujuk kepada Taurat Musa(Taurat Lima,Pentateuch), NA merujuk kepada Nevi'im dan KH merujuk kepada Ketuvim.
Rujuk gambar dibawah:

ISI KITAB TANAKH


Taurat Musa ataupun Taurat Lima ini dikenali sebagai Taurat Shebichtav iaitu Undang-undang bertulis.Dalam kitab ada 5 fasal iaitu Genesis(penciptaan langit dan bumi),Exodus(penghijrahan keluar dari Mesir),Leviticus(Keturunan Levi),Numbers(sambungan untuk Exodus) dan Deutronomy(Undang-undang).

Nevi'im pula menceritakan terbahagi kepada dua iaitu Nevi'im Roshinim dan Nevi'im Aharonim.Nevi'im Roshinim menjelaskan tentang kehidupan awal nabi-nabi hingga ke pemerintahan Raja-raja manakala Nevi'im Aharonim menceritakan tentang Nabi Trei Asar iaitu Nabi-nabi yang 12.Mereka ialah Nabi Hosea,Joel,Amos,Obadiah,Nahum,Micah,Yunus AS,Habakkuk,Zephaniah,Haggai,Zecharia AS dan Malachi.

Dan Ketuvim pula lebih kepada pengisahan atau penjelasan tentang Sefer sejarah dan Sefer Doa dan Syair.Sebagai contoh,Lagenda Nabi Sam'un(Simson) yang gagah perkasa tapi jadi lemah apabila rambutnya dipotong dan pelbagai lagi.

Jika terfikir adanya Taurat bertulis maka mana taurat lisan.Taurat lisan inilah yang kita kenali sebagai Talmud atau Taurat Shebe'al Pah

Kitab Talmud


Ada lagi sejarah tentang Talmud ni seperti bagaimana datangnya Talmud Bavli(Babylon) dan Talmud Yerushalmi(Palestin).In Shaa Allah saya akan sambung pada post yang lainnya.
WALLAHU'ALAM.


 

    email this       edit

0 comments:

Catat Ulasan